Selasa, 04 Oktober 2011

Bagaimana menangani anak yang cerewet dalam makan



FAKTA

FAKTA : anak-anak yang cerewet dalam makanan ini adalah perkara yang biasa. Ianya akan muncul dalam ratio seorang setiap lima orang anak-anak.

Fakta : Biasanya anak mula berhenti dari makan semua jenis makanan pada usia 2 tahun, ketika deria rasa mereka mula berubah dan keinginan makan mula menurun. Dan perkara ini biasa berlanjutan sehingga usia mereka 4 tahun atau 5 tahun (atau lebih lagi).


WARNING!

Sila bawa anak anda berjumpa dengan pakar kanak-kanak sekiranya tanda-tanda berikut ada dalam diri anak anda :

1. Berat badan turun. Sekiranya anak anda masih makan dalam kuantiti yang sama namun berat badan mereka semakin turun dan berat badan mereka jauh kurang dari yang sepatutnya (berdasarkan graf umur dan ketinggian) maka bawa anak anda berjumpa dengan pakar. Perhatikan juga tanda-tanda seperti cirit-birit, demam, muntah, atau menjolok tekak untuk sengaja muntah.

2. Perubahan selera makan mendadak. Selera anak mungkin boleh berubah dari masa ke semasa, namun apabila ianya berlaku secara mendadak seperti langsung tidak mahu makan atau sebelum ini tak ada masalah tapi tiba-tiba sahaja dia jadi seorang yang memilih makanan, ianya mungkin boleh disebabkan oleh stress, murung, dibuli di sekolah, atau “eating disorder”.

3. Semakin kurus atau rambut gugur. Ini mungkin adalah tanda anak anda kekurangan zat makanan, anemia atau sedang stress.

4. Perubahan sikap yang mendadak. Sekiranya anak anda tiba-tiba menjadi semakin garang, selalu marah-marah, tak mampu untuk fokus, tak dapat tidur, atau bermasalah untuk berkawan, ianya mungkin berpunca dari pemakanan yang tidak seimbang.

5. Allergy kepada Makanan tertentu. Sekiranya beberapa minit selepas anak anda makan, tiba-tiba dia menghadapi simptom seperti batuk. selsema, gatal kulit atau mata, keluar bintik-bintik merah, bengkak, pening, kejang, menangis, atau bersin-bersin, dia mungkin mempunyai allergy kepada makanan.

6. Cerewet dalam perkara lain (selain dari makanan) seperti kebersihan, pakaian, kekemasan, dan sebagainya dan ianya mengganggu kehidupan seharian anak anda, maka tanyakan kepada doktor anda mengenai Obsessive Compulsive Disorder (OCD).

PENYELESAIAN

Sekiranya anak anda tidak termasuk dalam kes di atas, maka jangan risau, anak anda cuma seorang yang cerewet dalam makanan (bukan masalah lain) dan ianya boleh ditangani dengan 5 langkah.

1. Jadikan waktu makan lebih positif

2. Jadikan waktu makan lebih tersusun

3. Kurangkan makanan yang akan menurunkan selera makan.

4. Sediakan makanan mengikut selera kanak-kanak

5. Terus mencoba